Sunday 2 October 2011

sambungan kisah aku dan mak...(nenek)

di subuh yg hening,sujudku membawa doa yg ku khususkan buat mak.. ku pinta agar Allah memberi yg terbaik buat mak..andai mimpiku tadi adalah satu berita yg membawa kpd realiti,aku pinta agar nyawanya diambil dgn penuh hikmah,agar tiada lagi derita yg harus ditanggung mak..seusai solat subuh, bergegas kami ke rumah mak.. 

"ya Allah....." kaki lemah,air mata gugur sederasnya.. apakah ini benar? apakah mimpiku akan menjadi nyata? lemah tubuhku disambut atok.. "sabar soleha,nanti mak dengar soleha nangis.."pujuk atokku dalam dakapannya..  tangan emak ku genggam erat.. tak ingin pergi meskipun sesaat,tak ingin lepaskn tangannya meskipu sekelip mata.. "maafkan adik mak.. mak, harini adik baru nak buatkan puding mak.. adik nak buat sarapan roti jala.. mak..." hanya mampu berdialog didalam hati... 

6:15a.m (1.10.11)
kakak,paksu,cik fa,ibu semua sedang asyik membaca yassin.. aku yakin,telah ku hafal surah itu dan tidak memegang Al-Quran..sambil ku baca,mataku menatap wajah kaku mak,nafasnya seperti tersekat2..mungkin sedang dicabut nyawanya.. tiba2,"mak....innalillahiwainnailaihirojiun..." tangan mak ku kucup.. 6:30am mak telah meninggalkan kami.. hanya aku yg melihat live saat mak benar2 kaku dan nafasnya terhenti..cukup tenang,tiada bunyi derita.. syukur ya Allah,ku minta agar inilah petanda bahawa mak mati dlm keadaan yg paling baik disisMu...

cuaca mendung yg hanya menunggu tuk memuntahkan hujan rahmat...ku yakin,langit,bumi juga turut merasai kesedihan kami... telah ku bertegas kpd ibuku,aku nak mandikan jenazah sehingga mengafankan mak... alhamdulillah,aku berkesempatan mengurukan mak sehingga mak hilang dari pandanganku... meskipun badanku tak brpa sihat,ku gagahkan diri.. aku tak ingin rasa terkilan lagi... tepat pukul 11:30,mak telah dikebumikan... meskipun wanita dilarang tuk menjejakkan kaki di kubur di saat ingin mengebumikan jenazh,aku berdegil,telah ku janji takkan menitiskan air mata di tanah perkuburan... aku cuma ingin berada dekat dan melihat mak buat kali terakhir.. 

stelah semuanya selesai, kami pulang ke rumah peninggalan mak..berkumpul,berkongsi suka duka... makcik yg jaga mak malam terakhir tu cerita,"mak tanya mana soleha..knp soleha tak datang malam ni..." ya Allah,sebak didada... maafkan adik mak,adik penat,seharian diluar menguruskan urusan.. maaf mak...

semoga kematian itu menjadi tempat beristirehatmu mak... dan semoga setiap amalan mak diterima sbgai amal soleh... soleha sayang mak dan takkan pernah berhenti menyayangimu....

**********************************************************************************


pahit manisku bersama nenek@mak..

11011~

hari yg takkan mungkin aku lupakan.. hari paling menyayat hati dan paling menguji tahap keimanan dan kesabaran aku...

pukul 11:00 a.m,30/9/11,
aku sapu minyak angin kt perut mak.."sakit soleha..mak sakit.....astaghfirullah...."
selepas ku sapu minyak,mak kate da ok.. disebabkan hari yg sama aku perlu gi tmpt kerja,aku minta izin utk pulang ke rumah.."soleha,mak nak puding laici...".. "mak,soleha boleh buatkan,tp semalam takde sape nak belikan susu cair dan buah laici...esok soleha buat..(1.10.11)... soleha balik dulu ye,nnti malam soleha dtg lagi.." ku salam tangan kedutnya dan pulang ke rumah...

selepas semua urusan selesai,makcik call suruh jagekan sepupu,sebab makcik nak teman mak.. aku agak berat hati,sebab aku da niat nak tido dgn mak..tapi,disebabkan smpai rumah pukul 11 lebih malam,aku batalkan hasrat nak tido rumah mak dan disebabkan terlalu letih,sepupuku juge tak dapat aku jage malam tu....

12 lebih tengah malam...
sedang asyik membuat kerja,aku trdengar bunyi burung hantu... sepanjang aku hidup,tak pernah bunyi burung hantu kat sebelah rumah.. fikiran tanpa dipaksa terus shj teringat mak..hati mula gelisah dan segera ku ajukan pertanyaan kpd kakakku,"kak,ko dengar tak apa yg aku dengar..takotlah kak.." kakak aku dah tido rupenye.. aku masih lagi fikir bukan2,dan utk melupakan apa yg difikir, aku terus tido.. mata sukar ku lelapkan..dan dlm masa yg sama,ntah knp bayangan lama kembali bertandang.. segera ku istighfar...

5 lebih pagi(1.10.11)
"dik,bangun dik,mak da tak sedar..cepat bangun..."kakakku kejutkan aku.. "kak..aku baru mimpi mak da takde..aku baru nak cium mak...ko da kejut..betol ke ni?? " aku mengadu pd kakakku..

(tak tahan nak sambung..mau nangisss... !)

Thursday 29 September 2011

ajaibnya "senjata" orang mukmin...!!


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلَّا الدُّعَاءُ وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمْرِ إِلَّا الْبِرُّ (الترمذي)

Bersabda Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam: “Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah ta’aala selain do’a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik.” (HR Tirmidzi 2065)



masyaAllah..kita sangka,apa yg telah ditaqdirNya sudah "tetap" dan takkan mungkin berubah..tapi,sungguh Allah Maha Pemurah,diberinya "laluan" utk kita mengubah taqdir hidup kita agar ianya menjadi yg terbaik dan jauh lebih baik..


Hal ini merupakan sebuah berita gembira bagi siapapun yang selama ini merasa hidupnya hanya diwarnai penderitaan dari waktu ke waktu. Ia akan menjadi orang yang optimis. Sebab keadaan hidupnya yang selama ini dirasakan hanya berisi kesengsaraan dapat berakhir dan berubah. Asal ia tidak berputus asa dari rahmat Allah ta’aala dan ia mahu bersungguh-sungguh meminta dengan doa yang tulus kepada Allah ta’aala Yang Maha Berkuasa.



قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah ta’aala mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (QS Az-Zumar 53-54)



Demikianlah, hanya orang yang tetap berharap kepada Allah ta’aala saja yang dapat bertahan menjalani kehidupan di dunia betapapun pahitnya taqdir yang ia jalani.


sebaliknya,orang yg "malas" dlm permintaannya(berdoa) akan mendapatkan dua hal, PERTAMA,dia akan mudah berasa putus asa dan KEDUA,akan dia akan bersandar pd sesuatu selainNya dgn harapan mampu mengubah keadaannya.


sahabat,andai anda merasa bahwa taqdir Allah kedalam hidup kalian kurang memuaskan, maka, bersujudlah,pintalah pada Allah dgn sesungguhnya (berdoa), sungguh, Allah Maha Mendengar dan pastinya akan terubah taqdirNya pada kalian.. hebat bukan..??


dan,ini adalah doa yg terbaik utk mengharapkan taqdir yg terbaik dariNya buat kehidupan kita....

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

“Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirahat untukku dari segala keburukan.” (HR Muslim 4897) ..



*rujukan drpd:pembinaan peribadi blog*

Wednesday 28 September 2011

kata-kata penguat diri.. *sahabat,cinta,kehidupan*

>ibu kata,"knp ye prempuan@lelaki skrg dok gedik2 nk promosikan diri utk dapatkan cinta yg belum halal diorang miliki?? msh tak yakin janji Allah bhwa semua ciptaanNya ade psangan..binatang ats pokok pn ade pasangan mreka.. so,baiki diri jd sebaiknya agar tak menyesal di kemudian hari.."
-->kembalilah pd fitrah(suci dr sebarang dosa)... ramadhan pn hampir tiba,gunakan sbaiknya!!

>mulai detik ini, jangan ajar aku tentang cinta pd manusia ye.. ajarkan aku bgaimana tuk menikmati kehidupan sbgai hambaNya yg taat.. ajarkan aku bgaimana tuk gunakan masa remajaku sebaik mungkin agar tak menyesal di hari tua dan di akhirat kelak.. ^^

>selagi manusia dijadikan tempat pergantungan, masalah takkan selesai..
hanya Allahlah tempat pergantungan bagi manusia yg benar2 mengharapkan terbukanya pintu penyelesaian bagi setiap ujian hidup.. biarkan penyelesaian masalah itu mungkin mengecewakan manusia lain,tapi,bukankah ianya dtg drNya? 
~jagalah Allah,pasti Allah akan menjagamu~

>terbaca status frenz kt FB..
"couple islamic ni byk kelebihan.. boleh saling menasihati,boleh membimbing, saling ingatkan waktu solat, ajak berpuasa sunat dan kadang2 bila dating ajak p masjid.."
-->wow!! solat tak pernah tinggal,sekali pandang,MACAM baik n islamic..TAPI, islamic kah bila couple tu? 
-->islam tu MUDAH, tapi, JANGAN MUDAHKAN islam.. ^^

>~WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik ~
~ Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung ~

~ ORANG yang SOLAT belum tentu baik ~
~ Tapi orang yang baik tentu akan solat ~

~ORANG BERPUASA belum tentu solat~
~Tapi orang SOLAT sudah tentu berpuasa~

-->jOm jadi orang yang baik..!! ^__^

>Dikala ini keimanan kita semakin lemah, 
justeru penampilan para wanita semakin parah. 
Disaat rasa takut akan siksa neraka semakin terkikis, 
justeru kaum hawa berpakaian serba ketat, terbuka dan tipis. 
Ketika ketaqwaan semakin reda, 
justeru fitnah wanita begitu dahsyat menggoda.
~jom berpakaian menutup aurat~ ^^

>jadi baik bukan utk menjadi tatapan umum atau utk mendapatkan pujian.. 
cukuplah menjadi baik utk mendapatkan redho Allah...
sebab,klu berniat utk berubah krn "manusia" atau "pujian", dia takkan mampu berdiri dgn kuat pabila dikutuk mahupun dihina..
-->orang yg mengharapkan pujian akn takut dgn cemuhan..

>KALAU Allah telah tetapkan itu untuk kita, walau segala isi alam menghalangnya, kita tetap akan dapat. Namun, jika Allah menghalang ia untuk kita, walau segala isi alam menyokongnya, kita tetap tidak akan dapat... 
percayalah takdir Allah adlh terbaik buat kita~

>jangan terlalu memilih sangat nak berkawan.. cume, pilih la utk menjadi yg terbaik buat sahabat.. agar persahabatan akan kekal smpai di syurga.. kalau sayang sahabat, jangan mengiyakan kesalahan dia, dgn sopan dan berhikmah,tegurlah kesalahan dia.. barulah mantop "friendship" kalian.. ^^

>kalau kita benci orang, tak mustahil akan ada orang membenci kita.. siapa kita nak benci2 orang? anggaplah semua orang ni sama,nobody is perfect.. sebelum nak benci orang, cari dan senaraikan sebanyak mungkin kebaikan dia pd kita suatu ketika dahulu..pasti akan lahir rasa kasih antara kalian~ 
-->jgn peduli klu kita dibenci orang, risaulah klu Allah benci kpd kita.. ^^

>luaran belum bisa membuktikan dalaman seseorang, tetapi apa yg terdidik pd dalaman akan terzahir pd luaran seseorang.. percaya atau tidak, sejahat mana pn seseorang itu andai hatinya tlh dibentuk dgn didikan islami, dia pasti kembali kpd fitrah.. jadi,bentuklah hati anda agar "kepulangan" disambut dgn rahmatNya..^^

>siapa pn kadang2 terasa menyesal dgn masa silamnya yg sgt meruntuhkan keimanan dirinya,bahkan hilang rasa takut pd azab Allah..tp,dgn rahmatNya,kita tlh DIUJI shingga trsedar dr mimpi yg panjang.. syukurlah, air mata taubat mgkin bisa menjahit semula sejadah keimanan kita yg hampir trkoyak dek dosa dan maksiat yg pernah kita lakukan.. *syukur dgn ujianNya,itulah teguran utk kita*

Tuesday 27 September 2011

aku ditimpa MUSIBAH..??

HIKMAH2 DITURUNKAN MUSIBAH...
1-      Mengetahui kebesaran dan kekuasaan  ALLAH.

2-      Pelajaran bagi yg berbuat dosa.
ان الله يحب الثوابين ويحب المثطهرين))))

3-      Menghapus sebahagian dosa orang mukmin.

4-      Menambah semangat da`ie utk berdakwah.

5-      Menambah pahala bila mahu bersabar.

6-      Meyakini bahwa musibah adalah ujian.

7-      Mengetahui betapa besar nikmat ALLAH.

8-      Meningkat ibadah orang mukmin.

9-      Akan datang kelapangan setelah kesempitan.

10-   Mendapatkan kesejahteraan dan hidayah dari ALLAH.


SIKAP ORANG MUKMIN SAAT MUSIBAH DATANG...
1-      Meyakini bahwa semua musibah datangnya dari ALLAH.

2-      Menyadari kesalahan kita bila musibah itu dating kerana dosa kita.


3-      Mengatakan dari ALLAH bila cubaan dating berupa kebaika.

4-      Berpikir mengapa musibah tiba.

5-      Berlindung kpd ALLAH dari kejelekan akibat musibah.

6-      Bertawakkal kepada ALLAH.

7-      Bersabar atas ujian ALLAH.

8-      Berbaik sangka kepada ALLAH.

9-     Tidak putus asa tapi berharap rahmatNYA.

kd






Monday 26 September 2011

bersama beristighfar yuk..!! ^^

dari dulu,aku suka nak cari "something" yang boleh memuaskan kefahaman aku.. setelah banyak kali dengar ceramah dari seorang ust ni... aku dapat satu point yang sangat berguna dalam kehidupan aku.. yelah, as manusia,kita tak lari daripada melakukan kesalahan@dosa@maksiat dan seumpamanya.. jadi,kalau istighfar berjuta kali,tapi masih tak faham definisi yang tersurat dan tersirat,pun tak guna juga..  jom kita fahami dan amalkan...! ^^
taubat=janji pada Allah takkan melakukan dosa yang sama
istighfar=memohon keampunan daripada Allah diatas dosanya

imam hasan al-basri pernah ditanya oleh bebrapa orang yang mempunyai masalah yang brbeza..cnthnya:aku sudah bekerja kuat,namun rezeki masih belum mencukupi..apa yang perlu aku buat wahai imam..? *ISTIGHFARLAH...)inilah jwpn imam trsebut pada setiap persolan mereka) 
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."
dan baginda Rasulullah juga ada mengajar kita... inilah istighfar yang sering diucapkan oleh baginda, "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."
Ia bermaksud: Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu." 
Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."
Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.
Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat untuk meninggalkan dosa dan menyesalinya...wallahua'lam..

semoga ada terselit sedikit manfaat buat aku dan kalian.. ^^

Sunday 25 September 2011

akan ku terus ketuk pintu Tuhan~


teringin untuk berkongsi sebuah puisi dari Dr Asri.. bila terbaca,agak "tersedak" sikit.. he3.. semoga bermanfaat buat semua.
Add caption