Monday 26 September 2011

bersama beristighfar yuk..!! ^^

dari dulu,aku suka nak cari "something" yang boleh memuaskan kefahaman aku.. setelah banyak kali dengar ceramah dari seorang ust ni... aku dapat satu point yang sangat berguna dalam kehidupan aku.. yelah, as manusia,kita tak lari daripada melakukan kesalahan@dosa@maksiat dan seumpamanya.. jadi,kalau istighfar berjuta kali,tapi masih tak faham definisi yang tersurat dan tersirat,pun tak guna juga..  jom kita fahami dan amalkan...! ^^
taubat=janji pada Allah takkan melakukan dosa yang sama
istighfar=memohon keampunan daripada Allah diatas dosanya

imam hasan al-basri pernah ditanya oleh bebrapa orang yang mempunyai masalah yang brbeza..cnthnya:aku sudah bekerja kuat,namun rezeki masih belum mencukupi..apa yang perlu aku buat wahai imam..? *ISTIGHFARLAH...)inilah jwpn imam trsebut pada setiap persolan mereka) 
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."
dan baginda Rasulullah juga ada mengajar kita... inilah istighfar yang sering diucapkan oleh baginda, "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."
Ia bermaksud: Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu." 
Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."
Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.
Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat untuk meninggalkan dosa dan menyesalinya...wallahua'lam..

semoga ada terselit sedikit manfaat buat aku dan kalian.. ^^

No comments:

Post a Comment