Wednesday 21 September 2011

lamaranmu ku TOLAK!!

Mereka, lelaki dan perempuan yang begitu berkomitmen dengan agamanya. Melalui ta’aruf yang singkat dan hikmat, mereka memutuskan untuk melanjutkannya menuju khitbah. Sang lelaki, sendiri, harus maju menghadapi lelaki lain: ayah si  perempuan.

inilah perjuangan yang harus dilalui si lelaki.meskipun lelaki itu dikenali seorang yang petah dalam bicaranya,kuat agamanya dan seorang yang hebat disaat bertempur dengan semua aktivitinya di alam kampus,tetapi semuanya tetap saja tidak sama dengan pertempuran bersama si ayah perempuan. Demi cinta yang harus dibuktikan,si perempuan juga telah bersedia untuk membantu lelaki idamannya agar jalan menuju pembinaan masjid berjalan dengan mudahnya.
Di hari jumaat yang sungguh tenang,telah berlaku pertempuran sengit antara seorang lelaki muda bagi menghadapi seorang lelaki setengah baya untuk “merebut” seorang perempuan muda. “Oh, jadi engkau yang akan melamar anak gadisku itu?” tanya sang ayah. “iya pakcik,” jawab sang muda.

“Engkau telah mengenalnya sedalam mungkin? ” tanya sang ayah sambil menunjuk si perempuan. “Ya pakcik, sangat mengenalinya, ” jawab sang mud dengan penuh keyakinan.

“Lamaranmu kutolak. Kerana kau telah bercinta dengan anak gadisku!. Aku tidak boleh memberi keizinan pernikahan yang diawali dengan cinta sesuatu yang haram disisi islam seperti itu!” balas sang ayah.

Si pemuda terkedu, “tidak pakcik,saya hanya mengenalinya melalui teman rapat saya.bahkan tidak hampir sebulan saya mengenalinya.”

“Lamaranmu kutolak. Kamu masih belum cukup mengenalinya dan  aku tak mahu kau dengan mudah menceraikannya kerana kau tak mengenalinya. Jangan-jangan diriku sahaja kau masih belum kenal?” dengan tegas si ayah membalasnya.

Ini situasi yang sulit. Si gadis dengan berhati-hati ingin membantu lelaki tersebut. Bisiknya, “Ayah, dia dulu seorang aktivis.”

“Kamu dulu aktivis?” tanya sang ayah. “Ya pakcik, saya dulu sering memimpin  demonstrasi untuk untuk remaja dalam bersuara di kampus saya,” jawab pemuda dengan yakin.

“Lamaranmu kutolak. Nanti kalau kamu kecewa dan marah kepada  isterimu, kamu bakal mengerahkan rombongan teman-temanmu untuk mendemo rumahku ini kan?” “tentu sahaja tidak pakcik.bahkan demonstrasinya hanya kecil-kecilan sahaja dan ramai juga tak menghadirinya  kalau saya suruh berangkat.”

“Lamaranmu kutolak. Mengajak dan melakukan dengan disiplin juga kamu tak mampu, sudah pasti kamu takkan mampu mengatur  keluargamu”

Si gadis membisik lagi, “Ayah, dia seoarang yang bijak dan dikagumi.”ayahnya menyoal lagi, “Kamu lulusan mana?”

“Saya hanya lulusan spm dengan ambil urusan perniagaan.”

“Lamaranmu kutolak. Kamu sedang menghina saya dengan Cuma lulusan spm? Menganggap saya bodoh kan?”

“tidak pakcik. Saya juga pernah beberapa kali gagal dalam pengajian saya dan hampir sahaja saya dibuang oleh ketua sekolah saya.”

“sudah tentu lamaranmu ku tolak. Kamu saja tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan.bagaimana kamu ingin mendidik isteri dan anak-anakmu kelak? ”

Bisikan itu datang lagi, “Ayah dia sudah bekerja yah.” Soalan sang ayah lagi,“Jadi kamu sudah bekerja?” “Iya pakcik. Saya berniaga dengan menjual produk-produk saya.keliling negeri saya merantau untuk mempromosikan produk saya..” “Lamaranmu kutolak. Kalau kamu keliling dan jalan-jalan begitu,kamu takkan sempat memperhatikan keluargamu.”

“tidak pakcik. Kelilingnya jarang-jarang. Kerana produknya saja tak terlalu laku.”

“Lamaranmu tetap kutolak. jadi kamu mahu kasih makan apa keluargamu, kalau kerja saja masih tak tetap begitu?”

Bisikan dari si gadis, “Ayah, yang penting kan dia boleh membayar maharnya.” “apakah yang kamu mampu untuk memberi maharnya?”
“Seperangkat alat solat pakcik..”
“Lamaranmu kutolak. Di rumah kami juga sudah banyak. Maaf..”
“Tapi saya siapkan juga sebentuk cincin dan seutas rantai dan sedikit wang ringgit pakcik.”

“Lamaranmu kutolak. Kamu fikir aku seorang materialistis ?, dan menukar anakku dengan wang dan emas begitu? Maaf anak muda, itu bukan caraku.”

Bisikan, “Tapi Ayah…”
“Kamu kesini tadi naik apa?” “saya naik kereta pakcik.”

“Lamaranmu kutolak. Kamu mahu tunjuk yang kamu kaya?. Itu namanya Riya’. Nanti hidupmu juga bakal boros..”
“tidak pakcik,saya hanya menumpang teman rapat saya.saya masih tak mampu membeli sebiji kereta.”

“Lamaranmu kutolak. Nanti isterimu juga kamu akan tumpang-tumpangkan bersama lelaki lain?? Anak gadisku punya nilai yang tinggi.”

Bisikan, “Ayahh..”
“Kamu rasa kamu kacak ya?” “tidak pakcik. Saya biasa-biasa sahaja ..” “Lamaranmu kutolak. Kamu lihat dulu cermin,layakkah kamu damping anak gadisku yang cantik ini?” “tapi pakcik,di kampungku,ramai yang kagumi wajah dan sikapku.”

“Lamaranmu kutolak. Kamu mampu menjadi seorang playboy. Nanti kamu bakal menghancurkan hati anak gadisku dengan sikapmu itu!”

si gadis yang tadinya berdiam diri kini telah berkaca-kaca, “Ayah, kenapa tidak persoalkan agamanya tetapi persoalkan harta dan fizikalnya yah?”

Sang ayah menatap wajah syahdu anak gadisnya lalu teruskan menyoal si pemuda di hadapannya,
“Nak,adakah kamu sudah menghafal dan menghayati  sebahagian daripada ayat  Al-Quraan dan Hadith?”

Si pemuda telah putus asa, tak lagi merasa punya sesuatu yang berharga. Dengan rendah diri si pemuda memberi jawapannya,”pakcik,saya telah dididik dengan Al-Quran dan hadith.saya juga telah mengahafal separuh daripada senashkah Al-Quran dan beberapa hadith.”

dengan seukir senyuman si ayah menjawab, “Lamaranmu ku terima anak muda. Itu cukup. Kau lebih hebat dariku. Agar kau tahu saja, dengan agama yang ada padamu,kau mampu memimpin anak gadisku dan anak-anak kalian menuju redhoNya..”
*inilah kehebatan bila agama dijadikan persoalan utama dalam kehidupan*

 

No comments:

Post a Comment