Sunday 2 October 2011

pahit manisku bersama nenek@mak..

11011~

hari yg takkan mungkin aku lupakan.. hari paling menyayat hati dan paling menguji tahap keimanan dan kesabaran aku...

pukul 11:00 a.m,30/9/11,
aku sapu minyak angin kt perut mak.."sakit soleha..mak sakit.....astaghfirullah...."
selepas ku sapu minyak,mak kate da ok.. disebabkan hari yg sama aku perlu gi tmpt kerja,aku minta izin utk pulang ke rumah.."soleha,mak nak puding laici...".. "mak,soleha boleh buatkan,tp semalam takde sape nak belikan susu cair dan buah laici...esok soleha buat..(1.10.11)... soleha balik dulu ye,nnti malam soleha dtg lagi.." ku salam tangan kedutnya dan pulang ke rumah...

selepas semua urusan selesai,makcik call suruh jagekan sepupu,sebab makcik nak teman mak.. aku agak berat hati,sebab aku da niat nak tido dgn mak..tapi,disebabkan smpai rumah pukul 11 lebih malam,aku batalkan hasrat nak tido rumah mak dan disebabkan terlalu letih,sepupuku juge tak dapat aku jage malam tu....

12 lebih tengah malam...
sedang asyik membuat kerja,aku trdengar bunyi burung hantu... sepanjang aku hidup,tak pernah bunyi burung hantu kat sebelah rumah.. fikiran tanpa dipaksa terus shj teringat mak..hati mula gelisah dan segera ku ajukan pertanyaan kpd kakakku,"kak,ko dengar tak apa yg aku dengar..takotlah kak.." kakak aku dah tido rupenye.. aku masih lagi fikir bukan2,dan utk melupakan apa yg difikir, aku terus tido.. mata sukar ku lelapkan..dan dlm masa yg sama,ntah knp bayangan lama kembali bertandang.. segera ku istighfar...

5 lebih pagi(1.10.11)
"dik,bangun dik,mak da tak sedar..cepat bangun..."kakakku kejutkan aku.. "kak..aku baru mimpi mak da takde..aku baru nak cium mak...ko da kejut..betol ke ni?? " aku mengadu pd kakakku..

(tak tahan nak sambung..mau nangisss... !)

2 comments:

  1. sabar yea soleha.Allah lebih menyayangi arwah.redakan dia pergi sayang.biarkan arwah tenang di sana.kita ynag masih hidup perlu teruskan kehidupan..berdoa lah Allah tempatkan arwah di kalangan orang2 yang beriman dan solehah . :(

    ReplyDelete
  2. tanx ain... smoga Allah sudi mengampuni stiap dosanya dan tmptkn brsma2 org soleh.. =)

    ReplyDelete