Sunday 2 October 2011

sambungan kisah aku dan mak...(nenek)

di subuh yg hening,sujudku membawa doa yg ku khususkan buat mak.. ku pinta agar Allah memberi yg terbaik buat mak..andai mimpiku tadi adalah satu berita yg membawa kpd realiti,aku pinta agar nyawanya diambil dgn penuh hikmah,agar tiada lagi derita yg harus ditanggung mak..seusai solat subuh, bergegas kami ke rumah mak.. 

"ya Allah....." kaki lemah,air mata gugur sederasnya.. apakah ini benar? apakah mimpiku akan menjadi nyata? lemah tubuhku disambut atok.. "sabar soleha,nanti mak dengar soleha nangis.."pujuk atokku dalam dakapannya..  tangan emak ku genggam erat.. tak ingin pergi meskipun sesaat,tak ingin lepaskn tangannya meskipu sekelip mata.. "maafkan adik mak.. mak, harini adik baru nak buatkan puding mak.. adik nak buat sarapan roti jala.. mak..." hanya mampu berdialog didalam hati... 

6:15a.m (1.10.11)
kakak,paksu,cik fa,ibu semua sedang asyik membaca yassin.. aku yakin,telah ku hafal surah itu dan tidak memegang Al-Quran..sambil ku baca,mataku menatap wajah kaku mak,nafasnya seperti tersekat2..mungkin sedang dicabut nyawanya.. tiba2,"mak....innalillahiwainnailaihirojiun..." tangan mak ku kucup.. 6:30am mak telah meninggalkan kami.. hanya aku yg melihat live saat mak benar2 kaku dan nafasnya terhenti..cukup tenang,tiada bunyi derita.. syukur ya Allah,ku minta agar inilah petanda bahawa mak mati dlm keadaan yg paling baik disisMu...

cuaca mendung yg hanya menunggu tuk memuntahkan hujan rahmat...ku yakin,langit,bumi juga turut merasai kesedihan kami... telah ku bertegas kpd ibuku,aku nak mandikan jenazah sehingga mengafankan mak... alhamdulillah,aku berkesempatan mengurukan mak sehingga mak hilang dari pandanganku... meskipun badanku tak brpa sihat,ku gagahkan diri.. aku tak ingin rasa terkilan lagi... tepat pukul 11:30,mak telah dikebumikan... meskipun wanita dilarang tuk menjejakkan kaki di kubur di saat ingin mengebumikan jenazh,aku berdegil,telah ku janji takkan menitiskan air mata di tanah perkuburan... aku cuma ingin berada dekat dan melihat mak buat kali terakhir.. 

stelah semuanya selesai, kami pulang ke rumah peninggalan mak..berkumpul,berkongsi suka duka... makcik yg jaga mak malam terakhir tu cerita,"mak tanya mana soleha..knp soleha tak datang malam ni..." ya Allah,sebak didada... maafkan adik mak,adik penat,seharian diluar menguruskan urusan.. maaf mak...

semoga kematian itu menjadi tempat beristirehatmu mak... dan semoga setiap amalan mak diterima sbgai amal soleh... soleha sayang mak dan takkan pernah berhenti menyayangimu....

**********************************************************************************


pahit manisku bersama nenek@mak..

11011~

hari yg takkan mungkin aku lupakan.. hari paling menyayat hati dan paling menguji tahap keimanan dan kesabaran aku...

pukul 11:00 a.m,30/9/11,
aku sapu minyak angin kt perut mak.."sakit soleha..mak sakit.....astaghfirullah...."
selepas ku sapu minyak,mak kate da ok.. disebabkan hari yg sama aku perlu gi tmpt kerja,aku minta izin utk pulang ke rumah.."soleha,mak nak puding laici...".. "mak,soleha boleh buatkan,tp semalam takde sape nak belikan susu cair dan buah laici...esok soleha buat..(1.10.11)... soleha balik dulu ye,nnti malam soleha dtg lagi.." ku salam tangan kedutnya dan pulang ke rumah...

selepas semua urusan selesai,makcik call suruh jagekan sepupu,sebab makcik nak teman mak.. aku agak berat hati,sebab aku da niat nak tido dgn mak..tapi,disebabkan smpai rumah pukul 11 lebih malam,aku batalkan hasrat nak tido rumah mak dan disebabkan terlalu letih,sepupuku juge tak dapat aku jage malam tu....

12 lebih tengah malam...
sedang asyik membuat kerja,aku trdengar bunyi burung hantu... sepanjang aku hidup,tak pernah bunyi burung hantu kat sebelah rumah.. fikiran tanpa dipaksa terus shj teringat mak..hati mula gelisah dan segera ku ajukan pertanyaan kpd kakakku,"kak,ko dengar tak apa yg aku dengar..takotlah kak.." kakak aku dah tido rupenye.. aku masih lagi fikir bukan2,dan utk melupakan apa yg difikir, aku terus tido.. mata sukar ku lelapkan..dan dlm masa yg sama,ntah knp bayangan lama kembali bertandang.. segera ku istighfar...

5 lebih pagi(1.10.11)
"dik,bangun dik,mak da tak sedar..cepat bangun..."kakakku kejutkan aku.. "kak..aku baru mimpi mak da takde..aku baru nak cium mak...ko da kejut..betol ke ni?? " aku mengadu pd kakakku..

(tak tahan nak sambung..mau nangisss... !)